Monday, November 11, 2013

Tahukah Anda???

1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.


3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.


4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.

SUAMI TERBAIK

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawab panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut ...

"Hello?"

"Abang, nie sayang nie,"

"Emmm... "

"Abang masih ada di kelab lagi ke?"


"Iye."

"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru. Cantik bang. Boleh ke sayang beli?"

"Berapa harganya?"

"Cuma RM 1500.00 aje..."

"O.K. Belilah. Kalau memang awak dah suka sangat."

"Ahhh..thanks bang, dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003. Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price. Lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu."

"Berapa harga yang dia bagi?"

"Cuma RM 280,000 je..."

"O.K, tapi pastikan harga tu dah on the road."

"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."

"Apa?"

"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan....pagi tadi sayang singgah di pejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu...sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. Cantik kan, bang??"

"Berapa harga yang mereka minta?"

"Cuma RM 740,000...O.K kan, bang? Dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover lagi harga tu..."

"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga RM 700,000. OK?"

"OK, abang sayang, terima kasih bang. Kita jumpa malam nanti ye!! I Love You!!!"

"Bye...I Love you too..."

Lelaki itu berhenti bercakap. Menutup flap handphone sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang berada dalam bilik tersebut,

"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA?"

PANDAINYA DIA~


Sambil menggunting rambut seorang pelanggan, Mamak tukang gunting menunjuk kepada Ajoi yang bermain di depan kedainya sambil berkata.

Mamak: “Tgk budak yang pakai baju power ranger tu adalah budak yang paling bodoh di dunia”

Pelanggan: “Naper awak cakap macam tu mamak?”

TIADA TANDINGAN

Kebesaran kuasa Allah tiada tandingan nyer, Allah maha besar. Ini ada satu kisah benar yang berlaku di Johor,apabila sepasang kekasih dengan bongkak nyer mencabar kekuasaan Allah. Ikuti kisah benar di bawah ini...

GAMBAR HIASAN

Penangan mencabar Allah !

Sepasang kekasih, dinasihat oleh kluarga dan kawan-kawan agar jangan suka buat maksiat... Semua nasihat hanya dibalas dgn kata-kata perli oleh mereka berdua.. Nak jadi cerita smlm.. Terluncur kata-kata dari mereka berdua, "

Kalau Tuhan berani , meh kita jumpa... Tgk sapa lg kuat ! " Sambil ketawa. Kedua-dua nya gelak...

Kira-kira jam 11.30 malam 16 sept 2013, mereka berdua berkenderaankan motosikal memecut laju di highway tepi kg kami. Tiba-tiba berdentum bunyi kemalangan. Kedua-dua pasangan itu terpelusok didapati terpelosok ke bawah lori 16 tayar.


Menurut saksi, mereka cuba memotong tapi ada kereta bergerak perlahan di hadapan, lalu terbabas ke lori semula, tak dapat dielak lagi..

Apa yang terjadi kepada mereka ?

Kedua-duanya digelek hancur oleh lori yang sarat dgn muatannya itu....

Menurut saksi , tidak ada satu bahagin dari badan kedua-dua yang tidak hancur. Yang dapat dicam hanya 4 batang tulang (kaki) yang dagingnya telah tiada langsung, bagai dikikis habis...

Bomba yang mengutip mayat-mayat itu hanya dapat mengutip sisa-sisa itu dgn penyodok sahaja. Oleh kerana mayat-mayat, mati berasingan, maka dapat la diasingkan jugak antara keduanya..

Di hospital, kedua-dua mayat dimandikan dalam tapis, bagai membasuh daging cincang, tiada cara lain lagi.

Mayat itu kemudian dikafankan bagai mengulung 'kuih popia' dan dikerandakan. Kepada keluarga masing-masing dipesan supaya jangan dibuka lagi keranda itu..

Maka pada siang 17 sept 2013 , telah ditanam hamba-hamba Allah yang sombong itu... Hamba-hamba yang begitu berani mencabar Allah !


Apakah nasib mereka sewaktu di dalam kubur malam pertama? Mungkin cerita ini terdapat tokok tambah oleh mana-mana pihak namun begitu wahai saudara-saudara ku, wahai hamba-hamba Allah, ambillah pelajaran dan pengajaran dari kejadian ini..

Mana Satu


“Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya.. dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.

“Maaf dik… tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?”

Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab… “ha’ah”

TEKA TEKI

Pada satu hari ada seorang pencuri telah mencuri sebuah rumah semua nya sudah dia sapu…..tetapi ada yg tertinggal….apakah ia? (tinggal habuk)

Sebanyak-banyak burung .burung apa yg tidak pandai terbang(burung patah sayap)

Ada 2 ekor katak, salah sekor katak tu melompat tapi yg sekor lagi tak melompat kenapa ygsekor tu tak leh melompat macam member dia..kenapa hah?? ( sebab yg sekor tu 'KATAK bawahtempurung' bab tulah ia takleh melompat macam member dia.)

Tiap tahun berganti baru, apa benda yang tak baru-baru? ( KUIH bATANG BURUK)

Sorang lanun karam di lautan.ditemui mayatnya 100 tahun kemudian. setelah di buat bedah siasat,doktor pun menjadi hairan. kerana masih ada bahagian yang tidak kebasahan..apakah itu? (tulang kering)

Ada 3 ekor cicak, dua jahat satu lagi baik. yg jahat nie suke sangat lah gaduh. satu hari tuh yg jahat dua ekor gaduh. gaduh punyer gaduh, diorang pun jatuh. skali tuh tetiba cicak yg baik tuh jatuh gak. apsal? (sebab dia tepuk tangan!!!)

Ada ekor bukan binatang, ada kepala bukan manusia (Tauge.)

Dlm banyak² batu, batu manakah yang paling kuat? (The Rock)

Kereta mewah dia yang punya, duit ada,isteri tak disara, kalau anda bijak orangnya, kotak apa keluar suara? (Speaker)

Dalam byk byk MI!..MI apa yang dalam TIN?!?!? (Milo)

Binatang ape yg paling kurang ajar? (kutu coz die pijak2 kepala org)
Kenaperlerrr telinga gajah besar..? heheh naper? (sebab kalu gajah tu malu atau nangis ker boler ler die tutup muka die ngan telinga die yg besar tu..)

Kenapa kedai 7-eleven perlukan kunci sedangkan ia buka 24 jam sehari, 356 hari setahun?? (Dah tokey dia suruh… nak buat camno)
Ada 10 budak hitam main tepi sungai 1 dah jatuh…pas tu apa yg jadi (yang lain selamatkan dialah)

2 tolak 1, jadi?? (jatuhlah satu tu )

Satu hari abang nampak satu benda:-yang panjang, besar dan tegap..-yang masuk satu lorong gelap -dengan goncangannya dan bunyian yang ganjil..-setelah sampai, dengan perlahan, ia berhenti -dan keluarlah isinya bertaburan… (keretapi bawah tanah)

What’s the diference between Gajah and Kain Pelikat Cap Gajah? ( Gajah belalinya kat luar. Gajah kain pelikat belalainya kat dalam kain)

And what’s the difference between having a new wife and having a new car? (When having a new car, you avoid a hole. When having a new wife, you aim for the hole.)

And what’s the diffrence between pucuk betik -papaya and a lady? ( Pucuk betik melembutkan daging. Lady mengeraskan daging.)

And what’s the difference between when you want to pump a tyre and when you want to pump a lady? ( When pump tyre, you pump dulu baru naik. When pump a lady, you naik dulu baru pump)

And what’s the difference between kapal terbang and skirt ? (Kapal terbang makin tinggi makin tak nampak. Skirt makin naik makin nampak)

Beza anak dara dengan hutan dara? (hutan – susah nak tarik balak kuar coz lum ada laluan, anak – susak nak masukkan balak coz lum ada lalaun)

Kenapa org gali kubur tak pakai spender ( ape kes nak pakai spender, pakai cangkul lerr)

Banyak2 mee, mee apa yang tak boleh di makan? (misai)

Banyak2 pintu, pintu apa yang tak boleh di tutup? ( pintu Gol)

Permainan apa yang bila dimain kita akan tabit? (golf la.)

Dalam banyak-banyak warna, warna apa yang kurang sekali penglihatannya? (Warna gelap le dalam gelap kan susah nak nampak )

ADA SATU BARANG . BARANG NI BILA NAK DI GUNAKAN , KITA AKAN BUANG IA DAN BILA TIDAK HENDAK DIGUNAKAN KITA AKAN SIMPAN IA. (SAUH)

Satu perlawanan bola sepak antara lipan menentang lipas.pada masa pertama, lipan tewas tanpa perlawanan. kenapa.? jawab! jangan tak jawab!!! ( lipan tak habis pakai kasut pada masa pertama.)


Ape benda yang kita makan kita sedut? ( Siput sedut)

Bolehkah anda matikan rokok dengan mata ????? (boleh mula² nyalakan rokok & lihatnya selama dua jam..mesti boleh padam)

 Bunga ape warna hitam? (bunga tayar)

Dari kenaikan, sampai keturunan.tiada kedudukan? apa dia??? (naik bas penuh)

Makhluk apakah yang berkaki empat pada waktu pagi, berkaki dua pada waktu tengahari dan berkaki tiga pada waktu senja?( Manusia. Bayi berkaki 4 (merangkak), orang dewasa berkaki 2 (berjln) dan orang tua berkaki 3 (bertongkat)..

Apakah hukum menyembelih ayam pakai songkok? (Haram. Pasal kena pakai benda yang tajam sahaja)

Dalam banyak² batu, batu manakah yang paling sejuk?( Stone Clold)

Hukum Selepas Datang Bulan Tidak Mandi Wajib Terus Lakukan Projek

Berjimak Sebelum Mandi Haid

Isteri yang baru habis haid dan belum mandi wajib dikira sebagai tidak bersih dan haram melakukan jimak kepada isteri dalam keadaan sebegini. Mengikut Mazhab Syafie wanita yang dikira suci daripada haid adalah bermula selepas ia mandi hadas dan bukan daripada berhenti darah haidnya. Lagipun berjimak semasa isteri belum suci daripada haid atau belum mandi hadas sangat dilarang Islam, kerana ia adalah perbuatan yang sangat jijik dan kotor. Hal ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud : 

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Al-Baqarah : 222) 

Jelas di sini, setiap isteri yang habis haid mesti mandi hadas dan suci daripada haid sebelum melakukan hubungan jimak bersama suaminya. Batas suci bagi wanita haid adalah bermula daripada selepas ia mandi hadas. 

Berjimak Kali Kedua Sebelum Mandi 

Berjimak kali kedua sebelum mandi hadas jimak pertama, perbuatan sedemikian dikira makruh. Jadi terlebih baik ia hendaklah mandi hadas terlebih dahulu dan jangan dilengahkan mandi tersebut kerana perbuatan melengahkan juga dikira sebagai makruh. Sekiranya tidak larat atau tidak mampu mandi pada waktu malam, maka disunatkan suami dan isteri membasuh kedua kemaluannya dan mengambil wuduk dan diteruskan tidur dan awal pagi mandi hadas sebelum melakukan solat subuh. Boleh juga mandi pada waktu malam selepas melakukan jimak kerana perbuatan ini juga adalah sunah Rasulullah dan dikhuatiri terlewat Solat Subuh disebabkan mandi hadas. 

Bagaimana berlaku jimak beberapa kali perlukah mandi wajib mengikut jumlah perbuatan jimak? 

Jawapannya tidak perlu, cukup sekali mandi sahaja sudah memadai dan sudah terangkat semua hadas yang ada pada diri.

MALAS

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.” Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”

Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.” Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”

Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka² datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.” Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?”

Budak itu pun menjawab, “Nak cerita pun malas.”

WARKAH BUAT ISTERI

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya. Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. 

Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara 

dan teman-temannya. 

Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer: 


To : Isteri kesayanganku 

Subject : Abang telah selamat sampai 
Date : 28 Feb 2009 

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer untuk Abang disini. Sekurang-kurangnya dapat juga abang hantar e-mail kepada Sayang bertanya khabar.  Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari  esok. Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini  nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.  

NAUZUBILLA.....GADIS MATI DALAM KEADAAN YANG HINA

Terdapat kisah benar berlaku di Iskandariah Mesir, seorang wanita muda menghina hukum Allah SWT bab menutup aurat dan mencabar kekuasaan Allah SWT akhirnya mati dibakar di dunia ini lagi.


Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah Mesir. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di Neraka ,Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka.

Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah Rasu-lNya SAW. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Sahabat yang dimuliakan,
Bertaubatlah kita kepada Allah SWT kerana kematian akan datang bila-bila masa. Kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang kufur, siapakah orang yang kufur itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti seseorang ingin melawan arahan Tuhan. Jangan cuba mencabar Allah SWT dan menghina ajaran Islam pasti balasannya akan di terima di dunia lagi dan di akhirat telah tersedia seksaan api neraka yang amat dahsyat.