Sunday, December 29, 2013

Salahkah Sekiranya Jatuh Cinta Dengar Pelacur?

Saya telah mencintai seseorang dengan sepenuh hati. Seeorang yang semua orang memandang hina. Wanita yang saya cintai ialah seorang pelacur. Namun, dia telah bertaubat dan saya tahu bukan dia sendiri mahu ke lembah yang hina ini. Dia telah dianiaya satu masa yang lalu. Tetapi, hati saya begitu terpaut dengannya. Salahkah sekirannya saya jatuh cinta dengan seorang pelacur dan ingin menjadikannya suri hati ini?
Jawapan Cinta:
Ibnu Katsir mengatakan, “Daripada ayat ini (An-nur: 3), Imam Ahmad bin Hanbal berpendapat bahawa akad nikah antara lelaki yang menjaga kehormatan dan pelacur itu tidak sah selama dia (perempuan tersebut -ed) masih melacur dan belum bertaubat. Jika perempuan tersebut sudah bertaubat maka akad nikah sah, dan sebaliknya jika belum bertaubat maka tidak sah. Demikian juga akad nikah wanita merdeka yang menjaga kehormatan dengan lelaki hidung belang itu tidak sah, kecuali jika orang tersebut (lelaki tersebut -ed) sudah bertaubat dengan benar.” (Tafsir Ibnu Katsir 3/352).
tumblr_mezbawv2ik1r7ochao1_500_510583b3ddf2b351adcff498
Di samping itu, anda semestinya harus menjaga lisan agar jangan sampai mengungkit-ungkit masa lalu isterinya saat terjadi pertengkaran. Meskipun demikian, mencari yang lebih baik itu jelas lebih baik ditinjau daripada banyak sisi.

hingga ke paras dada dan memakai pakaian yg longgar


Ada sbb knpa Islam menyarankan supaya bertudung hingga ke paras dada dan memakai pakaian yg longgar...wanita wajib baca...

Ada seorang lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ini sangat cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan bertudung, tapi sayang baju dia ketat.

Walaupun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu.

Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?

Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Fasha Sandha yang tercantik.
Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?

KISAH BENAR MUSLIMAH SYRIA DI DALAM PENJARA BASYAR

Khitam Benyan menceritakan pengalaman beliau semasa di tahan oleh tentera rejim.

22 hari telah berlalu selepas saya dibebaskan daripada tahanan rejim Basyar. Saya berasa begitu trauma dan pelbagai persoalan tidak pernah berhenti dalam fikiran saya. Kenangan orang yang saya temui di dalam penjara tidak pernah saya dapat lupakan. Semua orang memberitahu saya, anda akan lupa dan anda akan menyesuaikan diri bila telah keluar dari penjara. Tetapi ternyata tidak. 

13 GOLONGAN YANG SANGAT MUSTAJAB DOANYA


1. Seorang Muslim yang mendoakan saudaranya.
“Doa seorang Muslim buat saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan saudaranya itu mustajab. Atas kepalanya ada Malaikat yang ditugaskan setiap kali dia berdoa buat saudaranya itu, Malaikat itu juga berdoa berkata: ‘Amin, dan buatmu juga yang seumpama itu (seperti hajat yang didoakan buat saudaranya).’ “[Riwayat Muslim].

PELIK....KULIT WANITA INI PERLAHAN-LAHAN BERTUKAR MENJADI WARNA PERAK

SEORANG nenekberusia 71 tahun bernama Rosemary Jacobs mempunyai kulit berwarna perak selama 60 tahun terakhir. 

Keadaan yang jarang berlaku ini dia alami sejak usianya masih 11 tahun. 

Keadaan kulit yang jarang berlaku ini disebut argyria yang disebabkan oleh pendedahan kepada bahan kimia yang mengandungi perak. 

Apa Kaitan Memakai Bra Dan Seluar Dalam Ketika Tidur Dengan Penyakit Kanser

"Melihat ibu menderita akibat kanser payudara, membuatkan saya risau.  Sebab itulah hingga kini, saya mengelak daripada tidur dengan memakai bra," ujar seorang pelakon drama televisyen.  

Kata-katanya yang mungkin didengari oleh jutaan penonton di Indonesia itu, seperti mengesahkan bahawa memakai bra ketika tidur boleh menyebabkan kanser payudara. Akibatnya, ramai wanita mengelak daripada mengenakan bra ketika tidur.

Apakah keistimewaan Masjidil Haram, Masjid An-Nabawi dan Masjidil Aqsa

Masjid  yang paling utama di dalam Islam ialah Masjidil haram di Mekah Al-Mukarramah kemudian Masjid an-Nabawi, di Madinatul Munawwarah dan selepas itu Masjidil Aqsa di Palestin iaitu berdasarkan kepada sebuah hadis yang bererti,

Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam  sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa  di Palestin." Hadis Al-Bukhari