Sunday, November 10, 2013

CERITA TAULADAN MENARIK

Terdapat dua ekor itik dan seekor kura-kura yang bersahabat baik tinggal di suatu kawasan yang semakin kering dek kta kemarau panjang le. Binatang-binatang ni yang bermastautin di situ telah lama meninggalkan tempat tersebut memandangkan semakin hari semakin sukar untuk mendapatkan makanan dan minuman. Semua kolam kering dan tumbuh-tumbuhan semakin kekuningan dimamah sinaran mentari yang hangat membahang.


Disebabkan keadaan semakin mendesak, maka dua ekor itik itupun telah berpakat dan mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan yang lebih lembab dan berair. Kura-kura berasa risau memandangkan sahabat baiknya ingin meninggalkan tempat tersebut. Dengan keadaannya yang bergerak lambat dan tidak boleh terbang seperti mereka, agak mustahil untuk dirinya mengikuti jejak langkah mereka. Maka dia pun berkatalah kepada kedua-dua ekor itik tersebut.

"Kalian hendak berpindah, nanti aku akan mati kekeringan di sini. Aku tidak mampu terbang mengikutimu mencari tempat yang lebih baik. "

Hmmm.. betul juga kata kamu Si Kura-Kura. Owh, tidak mengapa jika kamu mahu, kami boleh membantu kamu untuk sama-sama berpindah," ujar salah seekor itik tersebut setelah berfikir seketika.

"Bagaimana?" balas kura-kura kembali.

"Kami berdua akan menggigit sebatang kayu dan kamu juga mesti menggigit kayu itu untuk sampai ke destinasi kita dengan selamat. Bagaimana, kamu setuju?" Soal itik.

"Owh, kalau begitu aku setuju," kura-kura memberi persetujuan tanpa berbelah bagi.

Maka terbanglah kedua-dua ekor itik itu mencari tempat tinggal baru bersama kura-kura. Tiba-tiba sedang melalui suatu kawasan, ada beberapa orang budak nakal yang mengejek kura-kura.

"Hei kura-kura! Ada hati nak terbang tinggi. Engkau tu dah memang semulajadinya tidak boleh terbang, ada hati nak terbang tinggi macam itik. "

Kura-kura berasa geram dan marah dengan ejekan tersebut, tetapi dia masih tidak berkata apa-apa kerana dia tahu jika dia membuka mulut pasti dia akan terjatuh.

Kedua-dua itik tersebut terus terbang meninggalkan mereka tanpa mempedulikan ejekan budak-budak itu. Setelah penat terbang mencari destinasi impian, mereka melalui satu lagi kawasan yang dipenuhi dengan budak-budak yang sedang bermain. Mereka begitu kagum dengan keberanian dan kesungguhan kura-kura.

"Kura-kura, kami kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh kamu. Walaupun kamu tidak boleh terbang, tetapi kamu berusaha dengan gigih dan mahu ditolong oleh sahabat-sahabat mu, " jerit mereka kepada kura-kura.

Disebabkan teruja dengan pujian budak-budak tersebut, maka kura-kura pun membuka mulutnya untuk menjawab pujian budak-budak itu.

'ALHAMDULILLAH, aku ingin pergi ke tempat yang lebih baik dan berair bersama itik-itik"

Sebelum sempat menghabiskan kata-katanya, maka jatuhlah kura-kura itu ke atas tanah dan berkecailah badannya.

Begitulah berakhirnya kisah Itik dan Kura-Kura. Apabila dikeji, dihina, kura-kura begitu kuat tetapi kura-kura yang dulu bersemangat kental akhirnya mati menyembah bumi dek kerana sedikit pujian.

Begitu juga dengan kita, kita akan kuat apabila dihina dan diberi pelbagai tohmahan tetapi kita mudah terbuai dengan puji-pujian. Dalam kehidupan ini, kita janganlah cepat lemah dengan kejian, dan cepat riak dengan hanya sedikit pujian.Sebaliknya sentiasa bersyukur dan jadikan setiap kejian, umpatan dan fitnah tersebut sebagai sumber kekuatan kita untuk terus berjaya. Dan jika kita dipuji, janganlah pula berasa riak. Sebaliknya kembalilah segala pujian tersebut kepada-Nya, kerana tanpa keizinan-Nya tidak mungkin kita mampu memiliki apa yang kita usahakan.

SEORANG GADIS

Di sebuah negara yang diganasi perang seorang gadis terpisah daripada adik lelakinya. Hilang sejak 6 bulan yang lalu, dia membayangkan yang terburuk – bahawa adiknya yang disayangi dan dikasihi sepenuh hati telah ditembak mati oleh musuh. Hendak melihat pintu bilik adiknya pun tidak sanggup.
Mindanya teringat-ingat bagaimana adiknya akan keluar dari bilik itu, memberi salam kepada semua orang dan teruja untuk belajar perkara-perkara baru.
Senyumnya, ketawanya, tenaganya – semua itu sangat dirinduinya. Kepedihan di hatinya begitu besar sehingga senyuman mula pudar daripada wajahnya.
Senyumannya hilang; hilang bersama suara dan kekuatannya untuk hidup.
Satu hari dia melihat sepasukan askar datang, tetapi bukan askar-askar musuh. Mereka adalah pasukan pengaman dan pekerja bantuan. Askar-askar itu kelihatan seperti mencari sesuatu, menggunakan alat yang tampak seperti pengesan jerangkap samar. Hairan, tempat itu telah dibersihkan daripada jerangkap samar minggu lepas.
Kemudian askar-askar itu mula menggali. Bukan setakat seorang dua tetapi keseluruhan skuad itu dengan dibantu jentera berat. Semakin dalam mereka menggali barulah dia sedar apa yang dilakukan askar-askar itu.
Mereka sedar membongkar sebuah kubur yang besar!
Banyak mayat dijumpai. Baunya menusuk hidung. Mayat-mayat bertimbun seperti akar pokok yang mati.
"Adikku adalah salah seorang daripada mereka," katanya kepada diri sendiri.
Ia suatu yang cukup menyeksa jiwanya apabila dia teringat kembali akan adiknya yang sangat disayangi.
Askar-askar itu bekerja siang dan malam untuk mengenalpasti setiap mayat. Mereka menggunakan segala peralatan dan maklumat yang ada untuk meletakkan nama pada setiap tubuh yang sudah tidak bernyawa.
Seperti dijangka, ketakutannya menjadi nyata. Berita itu menghempapnya bagai gunung yang runtuh. Dirinya terasa terumbang-ambing. Dia kehilangan sebab untuk hidup.
Dunia kini tidak bermakna lagi.
Askar-askar itu bersimpati dengannya tetapi tidak mampu membantu dalam soal hati. Untuk mengucapkan takziah kepadanya pun tidak mampu kerana mereka tidak bertutur bahasa yang sama.
Kemudian datang sebuah pasukan bantuan yang kecil, bukan aksar-askar tetapi sukarelawan. Askar-askar itu berjumpa dengan pasukan itu dan bertanya, "Ada tak pakar psiakatri di kalangan kamu?"
Ketua pasukan itu menunjukkan seorang doktor pakar psiakatri mereka. Lalu askar itu menceritakan kisah gadis itu dan membawa doktor itu menemuinya.
Doktor itu juga tidak bertutur bahasa yang sama dengan gadis itu tetapiberkongsi agama yang sama dengannya. Itu lebih baik daripada askar-askar tadi yang langsung tidak mempunyai persamaan dengannya.
Doktor itu berbicara kepadanya melalui seorang penterjermah, seorang saudara yang pengajian ijazahnya terhenti kerana perang. Penterjermah itu bukan sekadar menyampaikan kata-kata daripada doktor itu kepada gadis itu dan sebaliknya. Malah kata-kata bersama dengan emosi dan menyentuh hati gadis itu.
Doktor itu mengingatkan untuk berpegang utuh kepada Tuhan, serta mengapa dia harus terus tabah menempuhi hidup.
Nasihat-nasihat doktor itu mula membuka pintu hatinya.
Akhirnya, dia senyum kembali setelah berbulan-bulan tanpa senyuman.
Doktor itu bersyukur kepada Allah SWT. Dia sangat gembira kerana telah membantu untuk mengembalikan sebuah senyuman, dan sebuah kehidupan.

PETUA AWET MUDA

9 Petua Awet Muda Cara Islam Yang Terbaik Dan Mudah |

Semua orang nak kekal cantik dan sihat. Awet muda bukan tujuan menidakkan fitrah kejadian manusia, peredaran masa yang sememangnya manusia semakin tua, yang telah Allah tentukan buat hambaNya. Kita tidak mengubah, tetapi memelihara atau menjaga serta mensyukuri nikmat Allah Yang Maha Pencipta.

Jika sayangkan sesuatu, sudah tentu kita akan menjaganya. Jadi kerana itu kita perlu menjaga kecantikan dan kesihatan tubuh badan kita dengan sebaik mungkin.

6 Sikap Isteri

Seorang isteri bukan sahaja menjadi kunci kebahagiaan dan ketenteraman jiwa suaminya. Malah ia menjadi kunci kejayaan hidupnya. Kenyataan bahawa di belakang setiap lelaki yang berjaya itu terdapat seorang perempuan yang bijak dan berjiwa besar merupakan satu kenyataan yang lumrah diterima di mana-mana.

Tip Menjadi Suami Yang Baik

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

TIP MENJADI ISTERI SOLEHAH

PERNIKAHAN merupakan permulaan kepada sebuah hidup yang dipenuhi dengan tanggungjawab sebagai suami dan isteri dan juga tanggungjawab sebagai ibu dan bapa. Sekiranya kita bijak melayari bahtera rumahtangga, kita akan belayar di lautan yang tenang dan membahagiakan. Bukan badai, ombak besar atau ribut taufan yang diharapkan, tetapi cukuplah sekadar ombak kecil yang akan lebih merapatkan hubungan mesra penuh kasih sayang dan meningkatkan kefahaman antara pasangan.

Amalan zikir untuk awet muda dan cantik berseri

Setiap wanita pasti ingin kelihatan menarik, tak kira tua atau muda. Menarik dan menawan tak semestinya waktu muda saja, walau berusia, sesorang wanita itu boleh kelihatan menarik dan mempesona. Kata pepatah Inggeris, ‘look great at your age’. Jadi petua di bawah ini boleh diamalkan oleh sesiapa saja, samada tua atau muda.