Sunday, December 29, 2013

Salahkah Sekiranya Jatuh Cinta Dengar Pelacur?

Saya telah mencintai seseorang dengan sepenuh hati. Seeorang yang semua orang memandang hina. Wanita yang saya cintai ialah seorang pelacur. Namun, dia telah bertaubat dan saya tahu bukan dia sendiri mahu ke lembah yang hina ini. Dia telah dianiaya satu masa yang lalu. Tetapi, hati saya begitu terpaut dengannya. Salahkah sekirannya saya jatuh cinta dengan seorang pelacur dan ingin menjadikannya suri hati ini?
Jawapan Cinta:
Ibnu Katsir mengatakan, “Daripada ayat ini (An-nur: 3), Imam Ahmad bin Hanbal berpendapat bahawa akad nikah antara lelaki yang menjaga kehormatan dan pelacur itu tidak sah selama dia (perempuan tersebut -ed) masih melacur dan belum bertaubat. Jika perempuan tersebut sudah bertaubat maka akad nikah sah, dan sebaliknya jika belum bertaubat maka tidak sah. Demikian juga akad nikah wanita merdeka yang menjaga kehormatan dengan lelaki hidung belang itu tidak sah, kecuali jika orang tersebut (lelaki tersebut -ed) sudah bertaubat dengan benar.” (Tafsir Ibnu Katsir 3/352).
tumblr_mezbawv2ik1r7ochao1_500_510583b3ddf2b351adcff498
Di samping itu, anda semestinya harus menjaga lisan agar jangan sampai mengungkit-ungkit masa lalu isterinya saat terjadi pertengkaran. Meskipun demikian, mencari yang lebih baik itu jelas lebih baik ditinjau daripada banyak sisi.

hingga ke paras dada dan memakai pakaian yg longgar


Ada sbb knpa Islam menyarankan supaya bertudung hingga ke paras dada dan memakai pakaian yg longgar...wanita wajib baca...

Ada seorang lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ini sangat cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan bertudung, tapi sayang baju dia ketat.

Walaupun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu.

Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?

Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Fasha Sandha yang tercantik.
Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?

KISAH BENAR MUSLIMAH SYRIA DI DALAM PENJARA BASYAR

Khitam Benyan menceritakan pengalaman beliau semasa di tahan oleh tentera rejim.

22 hari telah berlalu selepas saya dibebaskan daripada tahanan rejim Basyar. Saya berasa begitu trauma dan pelbagai persoalan tidak pernah berhenti dalam fikiran saya. Kenangan orang yang saya temui di dalam penjara tidak pernah saya dapat lupakan. Semua orang memberitahu saya, anda akan lupa dan anda akan menyesuaikan diri bila telah keluar dari penjara. Tetapi ternyata tidak. 

13 GOLONGAN YANG SANGAT MUSTAJAB DOANYA


1. Seorang Muslim yang mendoakan saudaranya.
“Doa seorang Muslim buat saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan saudaranya itu mustajab. Atas kepalanya ada Malaikat yang ditugaskan setiap kali dia berdoa buat saudaranya itu, Malaikat itu juga berdoa berkata: ‘Amin, dan buatmu juga yang seumpama itu (seperti hajat yang didoakan buat saudaranya).’ “[Riwayat Muslim].

PELIK....KULIT WANITA INI PERLAHAN-LAHAN BERTUKAR MENJADI WARNA PERAK

SEORANG nenekberusia 71 tahun bernama Rosemary Jacobs mempunyai kulit berwarna perak selama 60 tahun terakhir. 

Keadaan yang jarang berlaku ini dia alami sejak usianya masih 11 tahun. 

Keadaan kulit yang jarang berlaku ini disebut argyria yang disebabkan oleh pendedahan kepada bahan kimia yang mengandungi perak. 

Apa Kaitan Memakai Bra Dan Seluar Dalam Ketika Tidur Dengan Penyakit Kanser

"Melihat ibu menderita akibat kanser payudara, membuatkan saya risau.  Sebab itulah hingga kini, saya mengelak daripada tidur dengan memakai bra," ujar seorang pelakon drama televisyen.  

Kata-katanya yang mungkin didengari oleh jutaan penonton di Indonesia itu, seperti mengesahkan bahawa memakai bra ketika tidur boleh menyebabkan kanser payudara. Akibatnya, ramai wanita mengelak daripada mengenakan bra ketika tidur.

Apakah keistimewaan Masjidil Haram, Masjid An-Nabawi dan Masjidil Aqsa

Masjid  yang paling utama di dalam Islam ialah Masjidil haram di Mekah Al-Mukarramah kemudian Masjid an-Nabawi, di Madinatul Munawwarah dan selepas itu Masjidil Aqsa di Palestin iaitu berdasarkan kepada sebuah hadis yang bererti,

Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam  sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa  di Palestin." Hadis Al-Bukhari

Saturday, December 28, 2013

Bole ke sy hamil?

Ketika sedang belajar dalam sebuah kelas darjah satu, Jenet cuba bertanyakan soalan pada gurunya,


Jenet : "Cikgu, bolehkah ibu saya hamil?"


Cikgu : "Berapa umur ibu Jenet?"

Thursday, December 26, 2013

Wanita Dicintai..........

Kisah ini terjadi dizaman Nabi junjungan besar Muhammad SAW…suatuketika bila mana nabi sedang menyampaikan kuliahnya di depan para sahabat ,dia telah mengakui ada seorang wanita yang telah di janjikan syurga oleh allah swt padanya….para sahabat terkejut dengan pengakuan tersebut….

Wednesday, December 25, 2013

Pak Ali dan Pari Pari Tasik

Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Wednesday, December 18, 2013

RAHSIA yang tidak diketahui ??




Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.

Allah, masih tersisakah waktu buatku?

Bismillahirrahmanirrahim..

 Malam itu HUjan sngt lebat..aku duduk merenung dinding.. Bermain-Main di kepala KU KETIKA ITU....TAUBAT.. 
Sebenarnya, aku sering diingatkan dengan pesanan, “sebelum tidur, solat taubat dulu ye! Sebab kita ni tak tahu bila Nayawa kita akan ditarik..kot-kot la waktu tidur nanti..”aku solat taubat tapi amat jarang sekali..dan kadang-kala aku rasa seperti hati ini kosong..mata ini tidak mampu MENAngis ketika solat..

30 kelebihan selawat. mari amalkan.

Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)

Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

Tuesday, December 17, 2013

Kelebihan Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w

kebanyakan kita melakukan banyak dosa dan kemungkaran setiap hari. Lebih-lebih lagi kita yang hidup jauh daripada zaman Nabi s.a.w. Begitu lemahnya iman dan amalan Islam kita sehingga iman kita diibaratkan senipis kulit bawang dan iman kita pula diibaratkan seperti iman orang yang munafik. Memang sepatutnya sekiranyaAllah tidak terima permintaan daripada orang-orang yang banyak melakukan dosa seperti kita.
Tetapi, Allah itu bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia kasihankan kita, maka Dia bagi jalan keluar.

Friday, December 13, 2013

Surat Timah.....

Timah ingin putuskan hubungan dengan boyfriend omputihnya melelui surat. 
Suratnya berbunyi begini:-

Hi,
My motive write dis letter to giv know u something. 
I want to CUT CONNECTION us. 
I saw u PLAY WOOD THREE in front my eyes.
So, I break connection to PULL MY BODY 
from dis luv. I hav think about dis very COOK-COOK.

Pertandingan Sedut dengan Hidung

Dalam suatu pertandingan di dapati ketiga-tiga orang yang mengambil bahagian telah mendapat markah yang sama. Untuk menentukan pemenang, pengadil menyarankan di adakan pertandingan sedut-sedut dengan hidung. Sesiapa yang paling banyak menyedut benda masuk ke hidungnya akan di istiharkan sebagai pemenang. 

Kisah Misteri di Dalam Bilik ICU Hospital

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka. Perkara ini sangat membingungkan para doktor. Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut.

7 Cara Nak Jadi Pasangan Romantik

Apabila Jatuh Sakit, Berilah Perhatian Yang Lebih

Elakkan daripada membebel atau seangkatan dengannya. Berikan perhatian yang lebih dengan menemaninya selalu dan memenuhi segala kemahuannya. Pasangan yang kurang sihat mungkin lebih sensitif dan emosi kurang stabil. So, berikan perhatian lebih.

Lakukan Kejutan Buat Si Dia

Thursday, December 12, 2013

Nak tengok keretapi berlanggar!

Sarjo memohon perkerjaan sebagai penjaga lintasan kereta api. Dia
dihantar berjumpa Pak Basri , ketua bahagian lalulintas,untuk
diinterviu.

"Katakan ada 2 keretapi melalui jalan yang sama pada masa yang
sama,apa yang akan kamu lakukan?," tanya Pak Basri.

Tanda-Tanda Lelaki Merajuk

Rajuk lelaki biasanya dikaitkan dengan wanita. Pantang ditegur sikit, rajuknya berpanjangan. Berikut adalah tanda-tanda lelaki sedang merajuk.

Diam membisu
Kalau sebelum ini mulutnya ramah bercerita tetapi apabila merajuk, lelaki biasanya diam seribu bahasa. Kalau anda bercakap dengannya, dia akan buat tak tahu sahaja. Kalau berhadapan dengan situasi macam ne, pandai-pandailah anda memujuknya. 

Kecantikan wanita bagaikan rama-rama

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." [Hadis Riwayat Ahmad]
Rama-Rama Halus Sayapnya
Melihat gelagat rama-rama membuatkan ramai orang menjadi suka, ceria dan terpesona. Ramai yang akan tersenyum melihat kecantikan rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Pasti ada yang tidak kena jika ada bunga yang tidak dihinggapi rama-rama.

Jom bunuh setan....

Seorang lelaki berusia lima puluhan tahun baru sahaja kematin
isteri akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran
dari orang tertentu menawarkan beberepa perempuan untuk dijadikan
isteri baru dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu
berkahwin semula memandangkan anak -anaknya sudah besar malah
tinggal jauh di Bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan,
minum, sakit, pening si duda itu.

3 kawan naik tangga..... TERBAIKKK.......

Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah. Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi....

MAMAT JIWANG & MINAH BRUTAL

Isnin (MULA2 BERKENALAN di Stesen KTM)

Mamat : Assalamualaikum.. Hai awak, saya nak berkenalan dengan awak boleh tak..?

Minah : Waa'laikumussalam.. Boleh, tapi kene jumpa mak bapak aku dulu.. Minta izin.. Kalau mak bapak aku bagi, aku on je..

Jangan Berkawan Dengan Bekas Teman Lelaki

Bila status anda dah berubah, jadi girlfriend/boyfriend atau isteri/suami orang, banyak benda yang perlu dikawal. Jika anda perempuan, batas pergaulan yang perlu dijaga. Jika anda lelaki, jangan pandang ringan soal perlakuan. So, nak bagitahu la sikit batas seorang perempuan nak berkawan dengan lelaki. Mesti ada orang kata"Ala, kawan je, tu pun nak kecoh". Ha, kena ingat, silap berkawan buruk padahnya!

Petua Untuk Mempunyai Bentuk Badan Yang Menarik.

1. Untuk mengalakkan kita rasa lapar dan dapat mengekalkan rasa kenyang yang berpanjangan walaupun anda mengambil makanan yang sedikit, anda boleh panjangkan masa makan anda. Iaitu anda boleh makan dan mengunyah dengan perlahan sambil menikmati makanan anda. ini akan membuat anda rasa lebih kenyang. Sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W iaitu mengunyah sebayak 44 kali. 

TAFSIRAN MIMPI MIMPI ANDA

Disebalik  Mimpi

Mimpi merupakan salah satu jenis aktivitas alam  bawah sadar yang melibatkan penglihatan, pendengaran, pikiran, perasaan, atau indra-indra lain dalam tidur, terutama saat tidur yang disertai gerakan mata yang cepat (rapid eye movement / REM sleep). Dalam mimpi ini, faktor kemampuan otak menjadi pemeran utama.

Kisah Benar : Perasaan Bermadu

“Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia – si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami.”Bait-bait

JOM LAYANZZZZ

Seorang awek yang tak bertudung bernama Lia post status pasal isu bertudung dekat Facebook.. Status yang dia tulis "Huh.. Seuma yang tutup aurat tu dah konpem masuk syurga ke..?" Banyak dapat komen dan like dari kawan yang sebijik macam dia.. Tetiba, ada sorang muslimah ni, namanya Suri balas komen Lia tu..

Suri : Yang pasti tak tutup aurat konpem masuk neraka.. :)

Wednesday, December 11, 2013

Perempuan Cantik Hanya Sesuai Untuk Lelaki Kacak?

Pernah beberapa kali pergi ke majlis orang kahwin..tu pun sebab kawan yang ajak. Kalau nak pergi sorang-sorang jangan harap la..segan..kekeke. Entri ni bukan nak cerita pasal kahwin tapi nak cerita tentang pendapat orang yang datang ke majlis kahwin tu. Pernah terdengar ada suara-suara sumbang yang cakap macam ni :


SITUASI 1 

Orang A : Ko tengok pengantin tu..sama lawa, sama cantik, sama segak. Barulah sepadan kan. 
Orang B
 : Cantik betul diorang tu..nanti kalau lahir mesti anak diorang pun comel-comel je.

Gempar! Inilah Negara Pertama Di Dunia Haramkan Islam, Mula Runtuhkan Masjid-Masjid! (4 Gambar)


angola
Kalau sebelum ini tao ada bagi tau kisahnya masjid di filipina di robohkan, kali ini pula masjid-masjid di negara ANGOLA mula di robohkan apabila , negara tersebut menjadi negara pertama di dunia yang memutuskan untuk melarang perkembangan agama Islam dan komuniti Muslim di negara tersebut. Kerajaan mereka kini sedang mengambil langkah menghancurkan masjid-masjid di negara berkenaan.

Lelaki Ini Minum Air Kencing Untuk Hidup!

San Diego – Seorang pelajar Universiti California mendedahkan bagaimana dia terpaksa minum air kencingnya sendiri selepas ditinggalkan di dalam bilik tahanan selama lima hari tanpa makanan dan minuman serta kemudahan tandas.
Daniel Chong, 24 ditinggalkan keseorangan selepas seorang agen penguatkuasa dadah persekutuan terlupa yang dia berada di dalam bilik berkenaan.

5 Trend Jahiliyah Perempuan Melayu Masa Kini

Pergi sahaja di mana-mana kita akan dapati ramai wanita masa kini yang memakai pakaian yang ketat-ketat dan mempunyai sikap tidak seperti gadis melayu.
Semua orang nak berfesyen dan mengikut trend, terutama golongan wanita. Pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden. Tetapi kebanyakkan wanita yang dapat dilihat, pakai tudung tapi lengan terdedah, dada terdedah, kaki terdedah. Camna tu? Sedihnya ramai gadis Melayu “dijajah” semula oleh Barat dengan fesyen bertudung tetapi moden ini. Aku selalu perhatikan pemandangan yang tidak begitu indah ini sehingga aku bertanya pada diri sendiri, “kenapa?”. Mari kita kenali dulu 5 trend atau sikap wanita yang terpesong dalam zaman moden ni. (Nota: INILAH REALITI KEBANYAKKAN WANITA WALAU TIDAK SEMUA BEGINI)

Lelaki Ini Mengaku Dirinya Allah Dan Nabi!

Seorang lelaki telah didakwa atas kesalahan menghina Islam kerana dikatakan dirinya mengaku sebagai Allah dan nabi akhir zaman. Walaubagaimanapun, tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan hakim.
Seperti satu perkara yang tidak logik. Satu pengakuan tidak masuk akal bagi seorang bekas kapten kapal didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam kerana mengaku dirinya Allah dan Nabi akhir zaman. Bagaimanapun, tertuduh, Roslan Abdul Rahman, 44, mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan yang didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Rembia Perkasa 14, Taman Rembia Perkasa, Alor Gajah, jam 3.15 petang kelmarin.

Wanita ini minum dan mandi dengan air kencing sendiri

Carrie 53 tahun merupakan pesakit kanser. selepas mengetahu beliau menghidap pesakit kanser, beliau banyak melakukan perkara pelik. yang paling jijik ialah mandi dan minum dengan air kencing sendiri. ianya diamalkan sejak 4 tahun lalu dan minum air kencing 5 gelas sehari

Tuesday, December 10, 2013

Alasan-Alasan Yang Diberikan Untuk Tidak Menutup Aurat

Ini balut aurat, bukan tutup aurat

Cakap soal aurat, pasti aurat wanita yang lebih ditekankan. Memang sewajarnya kita menekankan tentang aurat wanita, kerana setiap inci tubuh wanita tu bisa menggoyah iman kaum Adam yang normal. Tapi jangan pulak asyik dok tekankan pasal aurat wanita, aurat lelaki diabaikan. Itu pasallah terlalu ramai orang main bola dalam keadaan tak tutup aurat, orang buat dungu je.

Monday, December 9, 2013

Cari Pasangan Jauh Atau Pasangan Dekat?


Kriteria Lelaki Pilihan Perempuan

Anda kacak tetapi hairannya masih tak punya pasangan. Sudah ramai wanita yang anda dekati tapi  tiada yang sudi menjadi teman hidup anda. Pernah tak anda terfikir mengapa? Jika begitulah situasinya, sudah tiba masanya anda untuk menilai diri. Walaupun anda kacak tapi adakah anda memiliki kriteria sikap yang diidamkan wanita seperti di bawah ini.

22 Cara Nak Kenal Lelaki “Gentleman”


1. Kalau anda terlewat bersiap untuk temu janji, dia tidak marah-marah, Jauh sekali membebel. Sebaliknya dia akan tersenyum sahaja dan mungkin dia akan menegur dengan cara paling sopan dan berlapik.

2. Anda menyakitkan hati si dia secara tidak sengaja. Tapi lelaki yang ‘gentlemen’ tidak akan marah melulu dan memilih untuk meluahkan secara terus terang. Tetapi jika sudah hilang kesabaran, mungkin dia bertindak mendiamkan diri atau menjauhkan diri daripada anda. Dia tidak akan bergaduh atau menghempas telefon. Bergaduh dengan wanita hanya membuang masa baginya.

8 Cara Nak Usha Dia Jadi Kekasih Anda

1. Kalau anda ternampak si dia tengah berjalan sorang-sorang, buat muka orang cemas. Kalau dia tanya "Awak pehal ne?" Cakap la dekat dia "Ada emergency..kucing kat rumah nak beranak tapi bateri tepon habis". Pura-pura pinjam tepon dia kejap pastu miscall kat tepon anda. Dapatlah nom tepon dia.

Sunday, December 8, 2013

TA ADA TAJUK TAPI SEDIH SANGAT…

Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini.
“Tapi pak cik kena bayar segera bahagian makcik yang masih tak cukup tiga ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,”beritahu pegawai itu lagi.
“Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera,” janji Pak Uwei. Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya.

KISAH SEDIH ” MANA MAK ? “….

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI

kartun blog
Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada  anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, ‘Saya ada satu permainan… Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah ‘Kapur!’, jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah ‘Pemadam!’
Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, ‘Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah ‘Pemadam!’, jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah ‘Kapur!’. Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti.
Guru tersenyum kepada anak muridnya. ‘Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, setelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan pelbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa.
080408
‘Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.’ ‘Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit  menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?’ tanya Guru kepada anak muridnya.
 Baik untuk permainan kedua…’ Gurunya meneruskannya. ….. ‘Cikgu ada Qur’an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur’an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?’Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya.
b4
Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur’an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ..’Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya….. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ….Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar.guru
‘Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu,
kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. . ..’Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merosakkan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka… Dan itulah yang mereka inginkan.’ ‘Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita… ‘ ’Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?’ tanya murid- murid. ’Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.’
Begitulah Islam… Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun’.
Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang…’
UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!!JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.
YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM? AMIIINN.. Semoga yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan..ALLAHU AKHBAR

TAFSIRAN MIMPI MIMPI ANDA

Disebalik  Mimpi

Mimpi merupakan salah satu jenis aktivitas alam  bawah sadar yang melibatkan penglihatan, pendengaran, pikiran, perasaan, atau indra-indra lain dalam tidur, terutama saat tidur yang disertai gerakan mata yang cepat (rapid eye movement / REM sleep). Dalam mimpi ini, faktor kemampuan otak menjadi pemeran utama.

KISAH SEBUAH KELUARGA _ mesti baca…

Kisah ini adalah kisah benar sebuah keluarga yang sangat miskin, yang mempunyai seorang anak laki-laki di sebuah negara. Ayahnya sudah meninggal dunia, hanya tinggal ibunya yang sudah tua dan anak lelakinya sahaja tempat menumpah kasih sayang.Ibunya bersusah payah membesarkan seorang anaknya, pada masa itu kampung tersebut belum memiliki elektrik. Semasa membaca buku, anaknya tersebut hanya diterangi sinar lampu minyak tanah, sedangkan ibunya dengan penuh kasih sayang menunggu anaknya sambil menjahitkan baju untuk sang anak.Semasa memasuki musim luruh, adalah waktu bagi anaknya untuk memasuki sekolah menengah atas. Tetapi pada masa itulah ibunya menderita penyakit radang sendi-sendi atau Rheumatoid Arthritis ( RA ) yang parah sehingga tidak boleh lagi bekerja di sawah.

MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya." Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Mengetuk Batu Nisan di Perkuburan

Mamat dan Ali baru pulang dari bandar. Untuk sampai kekampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yang bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.

Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup-sayup malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu. 

Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kubur dan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat. Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan. 

Mamat dan Ali bersuara, "Ahhh... terkejut kami, ingatkan Pakcik ni hantu tadi, buat kami terkejut aje.." 

Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya: "Apa yang pakcik buat malam-malam buta kat kubur ni?" 

Tibat-tiba lelaki tua itu menjawab dengan marah,

"Bodoh!! Dia orang salah eja nama aku!"

Thursday, December 5, 2013

Bila Pelajar Sains Bercinta

Di ambang sore nan hening.

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??
Kau : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku. 
Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.

CERITA MENARIK JOM LAYANNNN...

Terdapat dua ekor itik dan seekor kura-kura yang bersahabat baik tinggal di suatu kawasan yang semakin kering dek kta kemarau panjang le. Binatang-binatang ni yang bermastautin di situ telah lama meninggalkan tempat tersebut memandangkan semakin hari semakin sukar untuk mendapatkan makanan dan minuman. Semua kolam kering dan tumbuh-tumbuhan semakin kekuningan dimamah sinaran mentari yang hangat membahang.

Lelaki idaman saya

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman 
Yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah 
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam 
Yang sentiasa haus dengan ilmu 
Yang sentiasa dahaga akan pahala 
Yang solatnya adalah maruah dirinya 
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar 
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu 
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang 
yang berjuang di jalan Allah 

Kedai Hantu

Kononnya,dalam sebuah bandar ni ada sebuah bar yang diberi nama 'The Vampire Club' memandangkan bar tu cuma dikunjungi oleh makhluk-makhluk seperti langsuir, pontianak, toyol, hantu bungkus dan yang seangkatan dengannya. Kiranya bar tue kira port dia oranglah.

Misi terakhir syaitan........???

Kita memang sudah mengelak daripada menyembah tokong dan berhala, tetapi bagaimana pula dengan penyembahan manusia kepada 'berhala-berhala' hati? Itulah bahayanya syirik khafi yang tersembunyi di dalam hati.

Mengapa engkau nak cepat kahwin

Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya:
"Mengapa engkau nak cepat kahwin dengan anak pakcik? Bagi 7 alasan engkau."

1. dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith)

2. nak jaga mata, hati dan kemaluan

Kisah 3 Ekor Pontianak Mencari Mangsa

Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan. 

Teksi Berhantu

Kul 12 malam. Amid dan Alan pulang dari keje, naek teksi. Keje baynak kat opis, balik pun lewat, seblum ni tak pernah macam ni, selalu balik pun naek kereta Alan. Tapi kereta dah takde, kene curik..

Alan: "Eh,betol ke org cakap kat sini de teksi berhantu?? Ade dengar tak??"
Amid: "Ade dengar.. diorang cakap.. die jmput penumpang tu, pastu die menjelma jadi hantu.. bau busuk.. muke huduh.. pastu isap darah orang plak tu.. Nape ko tanye?? Wat seram je la ko ni.."

Dracula dan Ahli Sihir

Pada satu hari, Dracula dibunuh dan dia telah dibawa berjumpa ahli sihir.

Ahli sihir enggan membenarkan Drakula masuk ke dalam gengnya kerana dosa-dosanya membunuh dan menghisap darah manusia.

"Saya akan beri kamu satu lagi peluang untuk menebus semua dosa yang telah kamu lakukan" kata ahli sihir. "Saya akan hantar kamu balik ke bumi,

Berkat membaca Basmallah

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Makna Peribahasa Moden

Peribahasa: Seperti anjing jantan dengan anjing betina.
Maknernyer: Dua orang yang pantang bertemu... asyik nak beromen aje.

Peribahasa: Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ke taik jugak dia hinggap.
Maknernyer: Orang kalau dah perokok tu... kalau dia berhenti... akhirnya dia gerenti start balik punya.

Peribahasa: Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masuk ke sukan Olimpik.

Menang Dalam Perlumbaan

Satu lagi malam kemenangan buat Seman Wheelie. Terbeliak matanya mengira wang yang dimenanginya setelah mengalahkan Awang Neo dalam perlumbaan tadi. Khusyuk mengira, tidak disedari lansung dek Seman yang Ani, antara gadis yang paling anggun di kawasan Pertama Kompleks, sudahpun membonceng motornya.

Berkunjung ke Rumah Awek di Hari Raya

Si dia mengajak anda beraya ke rumahnya! Saya pasti ramai yang menunggu detik ini, kan? Hari demi hari dihitung dengan penuh debaran. Perasaan gembira, panik, gelabah dan seronok pasti bercampur gaul. Maklumlah, saat inilah yang merupakan masa yang sesuai sekali untuk memperkenalkan pujaan hati kepada kaum keluarga, bukan?

Wednesday, December 4, 2013

Dosa Banyak Selawat Pun Banyak

Nabi s.a.w bersabda: “Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah oarang yang lebih banyak selawatnya kepadaku.” (Ibn Mas’ud r.a)

Ibnu Al-Mulqan juga menyebut di dalam kitab “Al-Hadaiq” bahawa terdapat seorang pemuda yang sedang melakukan tawaf di Baitullah. Beliau hanya sibuk membaca selawat ke atas Rasulullah s.a.w.

Baju Cinta

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru
berkahwin.
Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana
mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu dgn tanpa seurat benang
pun di badannya.
Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

"Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja nie nek!"..

Hantu Makan Tomyam

Pontianak, pocong dan toyol da tak tertahan lagi nak pegi kat restoran tomyam Pak Usup.

Pontianak: "Weh.. aku dengar restoran tomyam yang baru bukak tu kan.. ummphh!!"
Drakula: "Ye la.. aku pun terliur.. aku rasa da tak nak isap darah lagi.. aku nk tomyam lak.."
Toyol: "Cakap pun tak guna la cik pon.. kite tetap tak ley gi sana.."

Pontianak: "Aku ade idea laa.. kite kan bley tuka rupe.. semalam aku try da

Tuesday, December 3, 2013

"JIKA AKU SUDAH MENIKAH NANTI"

✔ Aku ingin menjadi seorang isteri yang senantiasa bertakwa kepada Allah SWT
dan mengikuti apa yang Rasulullah SAW Sabda dan Teladankan.

✔ Aku ingin menjadi seorang isteri yang senantiasa hormat,
taat serta patuh kepada suami.
...
✔ Aku ingin menjadi seorang isteri yang senantiasa minta izin kepada suami
jika hendak bepergian.
...
✔ Aku ingin menjadi seorang isteri yang senantiasa mengghargai dan menerima
pemberian suami serta tidak akan banyak menuntut.

✔ Aku ingin menjadi seorang isteri yang senantiasa menjaga kehormatan diri
ketika suami tak ada di rumah.

✔ Aku ingin menjadi seorang isteri yang senantiasa menjaga kehormatan dan harta suami.

✔ Aku ingin menjadi seorang isteri yang senantiasa berusaha menyenangkan dan
menghibur hati suami disaat suami sedang ada masalah.

✔ Aku ingin menjadi seorang isteri yang senantiasa melayani suami dengan baik
dalam hal kehidupan sehari-hari dan kebutuhan batin.

✔ Aku ingin menjadi seorang isteri yang senantiasa menjadi penyejuk
dalam rumah tangga bagi suami dan anak-anakku.

✔ Aku ingin menjadi seorang isteri yang tak segan-segan menasehati
jika suami melakukan hal tak baik.

✔ Aku ingin menjadi seorang isteri yang lebih betah di rumah dari pada di luaran
untuk hal-hal yang tak ada gunanya.

✔ Aku ingin menjadi seorang isteri yang selalu bisa memperhatikan apa yang disuka
dan yang tak disuka suami.

✔ Aku ingin menjadi seorang isteri yang selalu menjauhkan diri dari kumpulan
orang-orang yang suka gisip (ghibah).

✔ Aku ingin menjadi seorang isteri yang senantiasa menjadi pengayom dan
penuh kasih sayang dalam merawat serta mendidik anak-anakku

✔ Dan aku ingin menjadi seorang isteri yang senantiasa lebih mementingkan
meningkatkan ibadah dari pada digunakan untuk hal-hal yang tak begitu penting.

Aksi guru dan pelajar dalam bilik pengetua....

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu).

Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : "Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.


Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of.
It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".


P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning.....hahahaha