Monday, December 9, 2013

Cari Pasangan Jauh Atau Pasangan Dekat?




PASANGAN DEKAT

Kawan-kawan aku cakap kahwinlah dengan orang yang dekat, tak adalah dekat sangat. Kalau jauh pun setakat 2 3 jam sudah sampai, tak letih sangat, Jangan kahwin dengan anak jiran sebelah sudahlah..hehe. Nanti raya boring tak boleh balik kampung. Bukan apa, susah nak berjumpa kalau cari pasangan yang jauh, lebih-lebih lagi kalau dah kahwin. Jumpa masa hujung minggu je. Bila berjauh terseksa merindu, sesaat bagai setahun kononnya. Wah wah wah, meriahnya bercinta..

PASANGAN JAUH

Bila nak berkembang zuriat kalau asyik cari pasangan yang dekat..kata diorang la. Bagus jugak kan caripasangan jauh, bercampur budaya tu. Kalau kahwin orang jauh, luas pengembaraan korang..setakat orang utara kahwin dengan orang timur, kira dekat sebab boleh naik kereta. Tapi dapat orang borneo, kena fikir 2-3 kali jugak la...sebab adventure sangat nak sampai ke sana...huhu 

P/S : Orang kata kalau dah jodoh nak buat macam mana kan..so, korang cari pasangan jauh atau dekat?