Tuesday, December 10, 2013

Alasan-Alasan Yang Diberikan Untuk Tidak Menutup Aurat

Ini balut aurat, bukan tutup aurat

Cakap soal aurat, pasti aurat wanita yang lebih ditekankan. Memang sewajarnya kita menekankan tentang aurat wanita, kerana setiap inci tubuh wanita tu bisa menggoyah iman kaum Adam yang normal. Tapi jangan pulak asyik dok tekankan pasal aurat wanita, aurat lelaki diabaikan. Itu pasallah terlalu ramai orang main bola dalam keadaan tak tutup aurat, orang buat dungu je.


Apabila kita nasihat golongan wanita yang tak nak tutup aurat ni, pelbagai alasan dikemukakan, tapi alasan tu amat mudah dipatahkan, semudah ABC. Berikut meruapakan alasan-alasan terlebih pandai orang yang taknak tutup aurat:

1. "belum sampai seru" - padahal seruan menutup aurat telah lengkap diturunkan 1400 tahun lepas

2. "gatal kepala bila pakai tudung" - dan malas syampoo rambut, salahkan tudung.

3. "nak pakai macam mana lagi?" - dia letak akal dia sebagai standard, bukan al-Quran dan as-Sunnah. Kalau letak akal manusia sebagai standard, baik bogel je. Seni katakan...

4. "Dosa masing-masing, kubur lain-lain" - masalahnya nanti kalau hang nak masuk kuboq, orang lain jugak yang nak kena mandikan, kafankan, solatkan, dan tanamkan.

5. "belum bersedia" - zaman Nabi SAW, setelah turunnya ayat penutupan aurat, para muslimah DENGAN SEGERA mengambil kain-kain yang ada untuk menutup kepala mereka. Ini menunjukkan mereka adalah golongan yang BERSEGERA MELAKSANAKAN SYARIAT.

Apa pun, jom tengok gambar di bawah. Moga-moga yang belum tutup aurat tu dapat semangat bila tengok gambar ni. Mereka dalam gambar ni menutup aurat tanpa sebarang alasan dalam keadaan susah dan senang!!! Memang tabik spring kat depa!!! Semoga Allah meredhai mereka. Amin...






+++++

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"[TMQ an-Nur (24):31]