Sunday, December 29, 2013

13 GOLONGAN YANG SANGAT MUSTAJAB DOANYA


1. Seorang Muslim yang mendoakan saudaranya.
“Doa seorang Muslim buat saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan saudaranya itu mustajab. Atas kepalanya ada Malaikat yang ditugaskan setiap kali dia berdoa buat saudaranya itu, Malaikat itu juga berdoa berkata: ‘Amin, dan buatmu juga yang seumpama itu (seperti hajat yang didoakan buat saudaranya).’ “[Riwayat Muslim].

2. Orang berpuasa.
3. Pemimpin yang adil.
“Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka; orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi.” [Riwayat al-Tirmizi].
4. Orang yang dizalimi.
“Doa orang yang dizalimi itu mustajab, sekalipun dia seorang yang berbuat maksiat, kerana kemaksiatannya itu adalah tertanggung ke atas dirinya sendiri.” [Riwayat Ahmad].
5. Ibu bapa.
6. Musafir.
“Tiga doa yang dimakbulkan tanpa syak lagi; doa orang yang dizalimi, doa orang bermusafir dan doa ibu bapa untuk anaknya.” [Riwayat al-Tirmizi].
7. Si anak yang berdoa buat ibu bapanya.
“ALLAH megangkat darjat seorang hamba yang soleh dalam syurga. Hamba itu bertanya: ‘Wahai TUHANku, bagaimana aku boleh dapat semua ini?’ ALLAH menjawab: ‘Dengan istighfar oleh anakmu untukmu!’ ”
8. Mujahid di jalan ALLAH.
9. Orang yang sedang menunaikan haji atau umrah.
“Orang yang sedang berperang di jalan ALLAH, haji atau umrah ialah delegasi tetamu ALLAH. ALLAH menyeru mereka, mereka menyahut seruan. Mereka memohon, maka ALLAH mengurniakannya.” [Riwayat Ibn Majah].
10. Orang yang banyak mengingati ALLAH.
“Tiga manusia yang doa mereka tidak ditolak; orang yang banyak sekali mengingati ALLAH, orang yang dizalimi dan pemimpin yang adil.” [Riwayat al-Baihaqi dan al-Tabarani].
11. Orang yang tidur dalam keadaan suci.
“Tidak ada seorang Muslim yang tidur dalam keadaan dia mengingati ALLAH dan bersuci, kemudian dia terjaga malam dan memohon kepada ALLAH kebaikan dunia dan akhirat melainkan ALLAH makbulkan untuknya.” [Riwayat Abu Daud].
12. Orang yang berdoa dengan doa Nabi Yunus.
“Doa Zu al-Nun (Nabi Yunus) yang dia doakan ketika di dalam perut ikan ialah ‘Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin’. Tidak ada seorang Muslim pun yang berdoa dengannya, melainkan ALLAH makbulkan untuknya.” [Riwayat al-Tirmizi].
13. Orang yang benar-benar dalam kesulitan.
“Siapakah yang memperkenankan doa orang yang sedang menderita pada saat dia berdoa kepada-NYA?” [al-Naml: 27: 62].

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang disibukkan dengan membaca al-Quran dan mengingati ALLAH daripada meminta sesuatu daripada ALLAH, maka ALLAH akan memberikannya lebih baik daripada apa yang diminta oleh orang lain. Dan kelebihan perkataan ALLAH (al-Quran) atas perkataan-perkataan lain adalah seperti kelebihan ALLAH atas makhluknya.” [Riwayat al-Tirmizi].

Wallahua’lam.