Sunday, December 29, 2013

Salahkah Sekiranya Jatuh Cinta Dengar Pelacur?

Saya telah mencintai seseorang dengan sepenuh hati. Seeorang yang semua orang memandang hina. Wanita yang saya cintai ialah seorang pelacur. Namun, dia telah bertaubat dan saya tahu bukan dia sendiri mahu ke lembah yang hina ini. Dia telah dianiaya satu masa yang lalu. Tetapi, hati saya begitu terpaut dengannya. Salahkah sekirannya saya jatuh cinta dengan seorang pelacur dan ingin menjadikannya suri hati ini?
Jawapan Cinta:
Ibnu Katsir mengatakan, “Daripada ayat ini (An-nur: 3), Imam Ahmad bin Hanbal berpendapat bahawa akad nikah antara lelaki yang menjaga kehormatan dan pelacur itu tidak sah selama dia (perempuan tersebut -ed) masih melacur dan belum bertaubat. Jika perempuan tersebut sudah bertaubat maka akad nikah sah, dan sebaliknya jika belum bertaubat maka tidak sah. Demikian juga akad nikah wanita merdeka yang menjaga kehormatan dengan lelaki hidung belang itu tidak sah, kecuali jika orang tersebut (lelaki tersebut -ed) sudah bertaubat dengan benar.” (Tafsir Ibnu Katsir 3/352).
tumblr_mezbawv2ik1r7ochao1_500_510583b3ddf2b351adcff498
Di samping itu, anda semestinya harus menjaga lisan agar jangan sampai mengungkit-ungkit masa lalu isterinya saat terjadi pertengkaran. Meskipun demikian, mencari yang lebih baik itu jelas lebih baik ditinjau daripada banyak sisi.