Monday, January 27, 2014

Enggan Kecewakan Suami Alasan Isteri Pura- Pura Puas Seks

Jangan tipu! Pasti ada para isteri di luar sana yang pernah berpura - pura mencapai kenikmatan seks ketika hubungan intim dengan suami.  Orgasma ataupun pura-pura orgasma, suami selalu tidak dapat membezakannya. Jesteru mengapa kaum wanita sanggup memalsukan kenikmatan tersebut? berikut adalah beberapa alasannya dan salah satunya mungkin alasan anda sendiri.


1. Menganggap orgasma satu kewajipan

ada anggapan bahawa setiap wanita seharusnya mncapai orgasma setiap kali melakukan hubungan intim. akibatnya, wanita percaya bahawa bila orgasma tidak berlaku, aktiviti seksual yang dilakukan akan menjadi kurang sempurna. apabila tidak mampu mendapatkan orgasma mereka mula bertindak untuk memalsukannya.

2. Tidak mahu suami rasa gagal

ini mungkin alasan yang kerap diberikan oleh kaum wanita jika ditanya kepada mereka kenapa sanggup memalsukan orgasma. wanita memahami lelaki akan merasa gagah dan bangga jika dia berjaya membuatkan pasangannya mencapai puncak kenikmatan.
oleh itu biasanya, setiap kali selesai melakukan hubungan intim, lelaki akan bertanya adakah pasangannya puas dan mencapai orgasma. tidak mahu mengecewakan suami, atau tidak mahu suaminya berasa gagal. isteri selalunya akan berpura - pura orgasma.

3. Tidak pasti apa itu orgasma

ada juga wanita yang walaupon sudah bertahun tahun berumah tangga tapi tidak mengetahui apa sebenarnya orgasma itu. Dia tidak memahami apa yang dia alami wanitaketika mencapai kenikmatan tersebut.
akibatnya dia juga tidak sama ada dia sudah mencapai orgasma ataupun belum dan apakah yang dialami itu orgasma atau bukan. Supaya tampak meyakinkan ada wanita yang meniru gerak geri wanita yang sedang orgasma.

4. Ingin cepat selesai

Ketika mood tidak berapa baik, keletihan atau  mengantuk, wanita biasanya mahu aktiviti seks dengan suami cepat selesai supaya mereka boleh berehat dan tidak di ganggu. hendak menolak pastinya sukar aptahlagi jika suami sedang dalam keadaan terangsang.
akibat keadaan- keadaan tersebut, ada yang melakukannya tidak sepenuh hati dan secepat yang boleh. oleh itu hubungan intim terasa sakit dan isteri pasti mahu ie lebih cepat berakhir. daripada berlama-lamaan kesakitan lebih baik pura-pura orgasma!

5. Malu jika tak mampu

sebagaimana lelaki, wanita juga akan merasa gagal jika tidak mampu mencapai puncak kenikmatan. Walaupon ada sebab kukuh kenapa wanita tidak mampu mencapainya seperti stres, trauma seks masa laludan sebagainya. akan tetapi kerana takut dianggap tak mampu, wanita mula memalsukan orgasma.

TETAP BOLEH DIKESAN OLEH SUAMI

Sememangnya diakui bahawa agak sukar seseorang lelaki untuk membuktikan bahawa orgasma pasangannya palsu atau tidak. Aptah lagi wanita memang punya kemampuan untuk menirunya.
Namun sekiranya wanita itu melakukannya berulang kali, orgasma pura-pura pasti akan dapat dibaca oleh pasangannya terutama jika sebelum itu lelki tersebut mempunyai banyak pengalaman hubungan seks dengan wanita lain.
Selain itu lelaki juga boleh merasakan ikatan emosi yang kuat dengan pasangannya ketika sedang orgasma. Sekiranya lelaki merasakan ikatan emosi itu hilang sudah pasti die akan mengetahui pasangannya berpura-pura.
Sekiranya seseorang wanita itu kerap memalsukan orgasma, seeloknya mereka bertemu kaunselor seksiologi. Tidak ada salahnya jika anda mengamati diri sendiri dan mencari punca mengapa anda memalsukan kenikmatan tersebut.
Jika masalahnya lebih kepada aspek psikologi, ada baiknya anda bertemuy dengan pakar psikologi terlebih dahulu. Jika anda sering stres, kepenatan dan tidak segar maka hubungan intim yang berkualiti juga sukar untuk dilakukan.
Namun apa yang jelas bagi seseorang wanita adalah, janganlah menganggap bahawa orgasma adalah satu beban berat hingga anda sanggup menipu ingin mendapatkannya. anda akan menjadi labih stress dan kesannya anda akan tak mampu menikmati aktiviti yang seharusnya mengasikkan. nikmatilah setiap tahap kegiatan seks itu. orgasma memang penting namun ia akan lebih bermakna jika anda menikmati sepenuh jiwa dan raga setiap tahap seks itu.