Kelebihan Memeluk Isteri
Berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan, Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata:
- Seseorang individu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari. Ini kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh seseorang.
- Namun demikian, sebagai seorang yang beragama Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.
- Hormon endorfin merupakan sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak dan berfungsi sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.
- Selain itu, ia memberikan impak positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan.
- Tambahan lagi, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s. a. w.
- Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
- Oleh yang demikian, untuk suami yang menginginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.
- Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
- Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.