Monday, October 7, 2013

LAWAK BUDAK HARI ISNIN

Tabika 1
Cikgu:  Amri, awak ada berapa beradik?
Amri:    tiga, cikgu
Cikgu:  awak yg paling tua?
Amri:    tak, atuk saya….

Tabika 2
di sebuah kelas tabika.
Cikgu:  Zaki, awak dah kenal nombor?
Zaki:     dah, cikgu. abang saya ajar
Cikgu:  bagus. nombor apa selepas tiga?
Zaki:     empat
Cikgu:  selepas tujuh?
Zaki:     lapan.
Cikgu:  lebih besar dari sepuluh?
Zaki:     Jack!!!
100% Markah
“Mama.. hari ini saya dapat markah 100% di Sekolah,” kata Yani kpd mamanya. “
Iya ke??.. macam ni lah anak Mama yang pintar.. Pelajaran apa yang kamu dapat markah 100%?” Tanya ibunya.
“Matematik 30%, Bahasa Melayu 50%, dan Sejarah 20%.” 

Pos Surat
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
” Atok buat apa tu?”
” Atok bagi surat kat kawan atok” jawap atoknya. “
Cucunya bertanya lagi
 ”apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?”