Tuesday, January 14, 2014

Barah Payudara ? Breast Cancer ? Kenapa Makin Berleluasa ?

Barah payudara adalah barah yang pertama yang sedang menyerang ramai wanita di Malaysia di kala ini!!
Kenapa hal ini berlaku? Mengapa ianya makin berleluasa di kalangan wanita terutamanya di Malaysia??Mungkin semua sedang tertanya2 apakah yang menyebabkan kanser ini sedang bermaharaja lela sekarang. Jum kita sama2 kupaskan sedikit sebanyak mengenai permasalahan ini.
Kita semua semestinya mempunyai sekurang2nya seorang wanita dalam hidup kita, iaitu ibu kita yang sgt kita cintai. Selain itu, mungkin ada juga yang mempunyai kakak dan juga adik perempuan dalam hidupnya. Jadi, secara tak langsung perkara ini menjadi kerisauan setiap dari kita. Tapi kaum lelaki tidak juga boleh merasa lega, kerana mereka juga boleh berkemungkinan untuk mendapat kanser ini!! Nauzubillah..
Breast cancer adalah penyakit yang boleh dikawal sekiranya dikesan awal dan dirujuk kepada doktor secepat mungkin. Salah satu sebab mengapa kanser ini makin berleluasa adalah kerana kurangnya kesedaran dan pengetahuan di kalangan wanita tentang barah ini. Mungkin ada yang telah mengesannya awal apabila mendapati sesuatu yang pelik tiba2 muncul. Contohnya, ada 2 orang wanita, puan A dan puan B. Ketika kedua2 wanita ini sedang mandi, mereka dapat rasakan ada ketulan atau bonjolan di payudara mereka. Ketulan itu tidaklah sebesar mana, mungkin boleh dikatakan seperti sebesar 1 biji kacang tanah. Yang menariknya, ketulan itu langsung tidak menyakitkan meraka.
Puan A berasa sangat bimbang tentang perkara ini kerana sebelum ini beliau tidak pernah mengalami hal seperti ini. Jadi, beliau telah pergi berjumpa dengan doktor dan merujuk hal ini kepada doktornya. Puan B pula merasakan hal ini tidak ada apa2, kerana saiz ketulan ini kecil saja dan lagi pula beliau langsung tidak merasakan sebarang kesakitan.
Puan A, yang mana telah merujuk perkara itu lebih awal kepada doktor telah menjalani beberapa pemeriksaan selanjutnya untuk mengesahkan keadaannya itu. Beliau telah membuat mammogram dan doktor telah mengambil sedikit ’tisu’ dari bahagian ketulan itu untuk mengesahkan samada ketulan itu adalah kanser ataupun tidak. Manakala puan B hanya meneruskan hidupnya seperti biasa dengan masih belum mengetahui status ketulan di payudaranya itu.
Setelah keputusan pemeriksaan keluar, Puan A disahkan mempunyai kanser payudara tetapi masih berada di peringkat yang sangat awal. Doktor memberitahu puan A bahawa cancer cells itu masih boleh dikawal kerana ia telah dikesan awal. Jadi, Puan A telah diberi ubat-ubatan untuk mengawal cancer cells itu dari merebak.
Manakala, puan B semakin hari semakin merasakan ketulan itu makin membesar tapi masih juga tidak memberikan kesakitan padanya. Beliau masih juga tidak mahu merujuk perkara ini kepada doktor. Sehinggalah 1 hari, puan B merasakan sakit di bahagian itu dan juga terdapat lendiran dan cecair yang keluar dari payudaranya.
Kerana tidak tahan dengan semua itu, barulah puan B pergi berjumpa dengan doktor. Malangnya, doktor memberitahu bahawa puan B telah menghidap kanser payudara dan kensernya itu telah berada pada tahap yang sukar untuk dikawal lagi kerana kebanyakan cancer cells itu telah merebak ke bahagian lain.
Jadi, inilah situasi yang sering berlaku di Malaysia. Tidak ramai wanita yang seperti puan A, yang ingin merujuk kepada doktordan mendapat rawatan secepat mungkin. Malangnya, ramai wanita yang seperti puan B, yang selalu berasa selesa kerana tidak merasakan kesakitan, sehinggalah tidak tahan dengan kesakitan yang dialami, kemudian barulah merujuk kepada doktor.
Perkara sepeti puan B berlaku mungkin disebabkan beberapa faktor:
1. Kurangnya kesedaran untuk mendapat rawatan awal
2. Masalah kewangan kerana setiap kali berjumpa doktor, pasti wang akan keluar.
3. Takut untuk menerima kenyataan sekiranya doktor memberitahu itu adalah “kanser”
4. Takut dengan pandangan masyarakat yang masih belum menerima baik mereka yang mendapat breast cancer kerana mereka beranggapan penyakit ini boleh berjangkit.
5. Masalah pengangkutan untuk berjumpa dengan doktor.
6. Dan macam2 masalah lagi.
Untuk itu, harus diingatkan bahawa:
- Setiap ketulan yang terdapat di payudara adalah ‘kanser’!! sehingga dibuktikan melalui pemeriksaan lanjut bahawa ia bukanlah kanser.
- Pengesahan dan rawatan awal perlu untuk mengelakkan sesuatu perkara itu menjadi lebih teruk.
- Kanser payudara adalah tidak berjangkit!!
- Kanser payudara terjadi disebabkan banyak perkara (contohnya faktor umur yang makin meningkat, penggunaan pil perancang keluarga dan macam2 lagi)
- Kanser payudara adalah penyakit keturunan. Sekiranya ada di kalangan ahli keluarga terdekat yang mendapat breast cancer, kemungkinan untuk wanita lain dalam keluarga itu untuk mendapat penyakit yang sama adalah tinggi.
Oleh itu, setiap wanita dalam kategori ini hendaklah berjumpa dengan doktor dan membuat pemeriksaan lanjut untuk mengesahkan status dirinya.
Akhir sekali, marilah sama2 kita mengambil berat tentang perkara ini supaya hal ini tidak akan terus berleluasa menyerang wanita-wanita di Malaysia. Ingatlah, pencegahan dan rawatan awal mungkin akan dapat membantu kita semua.
Wallahu a’lam..